Rabu, 2009 September 30

kemaruk

Selamat Hari Raya ke 11.
















ikhlas dari,
pototito's dan isteri.



wacha..!!

Isnin, 2009 Ogos 03

Sensitif

“Nak gunting pesen menda ni?,” tanya kawan gua merangkap tukang gunting peribadi gua. Gua memang tak berkenan nak gunting kat kedai gunting rambut. Takut smart sangat pula nanti. Lagipun gua tak berminat nak menghabiskan duit gua yang jarang ada banyak itu untuk tujuan sebegitu.

“Gunting je pesen menda pun ..jangan huduh sangat sudah la..,” balas gua pula. Gua memang percaya je pada kawan gua tu pasal beliau memang tak pernah lagi mengecewakan gua. Tapi hati rasa macam berat je nak gunting pasal masa gua baru balik itu hari ramai juga orang kampung ingat gua artis.Namun disebabkan emak gua tak berenti duk kabor rimas tengok rambut gua, gua akur. Lagipun gua bukan nak jadi artis.

Kawan gua itu dengan pantas terus menggunting rambut gua dengan bergaya dan profesional. Gua ada juga bagi cadangan suruh dia buka kedai tapi malang cadangan gua dipandang sepi. Bunyi rambut gua kena kerat rangup betul. Naik mengantuk gua. Ikut hati nak saja gua minta kawan gua tu gunting sambil gua berbaring. Tapi gua fikir-fikir balik macam tak senonoh pula kalau gua membuat permintaan sebegitu.

***

“ku ingat kamu..ku rindu kamu..wajahmu selalu terbayang..”, gua menyanyi-nyanyi merdu lagu Mas Idayu tanpa malu-malu depan cermin sambil menyapu minyak rambut jenama Revive di kepala. Entah kenapa gua nyanyi lagu Mas Idayu.

Sudah saja gua setting rambut gua jadi pacak-pacak macam dalam tibi, gua pun melangkah yakin menuju ke dapur. Emak gua tengah goreng bihun.

“Amacam mok..?”, tanya gua, “ smart dok..?”

“Boleh laa..”, balas emak gua. Ringkas tetapi sudah cukup untuk membuatkan gua hilang keyakinan diri.

“ ‘boleh laa’ je?”, kata gua kecewa, “ kabor la mok, smart ke dok ni..?”

“ smart dah..tapi bangun pagi payoh, kalo tak lagi smart.”, bijak emak gua bermain kata-kata.

“ alaa..kome bukan taknok bangun mok..tapi tu la, kome sensitive sikit dengan matahari pagi. Kalu tengah hari kome ok sikit.”, balas gua pula tersengih-sengih sambil teguk air Sunquick.

“ sensitip korok mu.”

Gua diam dan menerima kata-kata emak gua dengan hati terbuka sambil menikmati air Sunquick yang mengalir keluar ikut hidung.

Isnin, 2009 Julai 13

Didada ini penuh dengan parut luka yang kau tinggalkan sebagai kenangan – Murad Costigan Jr. Bahagian Tiga

Makwe memandang tepat mata Murad. Entah apa yang difikirkan. Naik cemas juga Murad. Murad dah la jenis mudah jadi tak tentu arah kena tenung lama-lama. Akhirnya makwe bersuara.

“Saya kena pegang tangan awak la ni ye..??”, tanya makwe dengan nada penuh muslihat.

Ah sudah. Murad panik bercampur hairan. Itu hari kemain ‘ilebiu-ilebiu’ lagi dalam talipon. Ini hari apahal lain macam pula ni. Kata Murad dalam hati. Kepala ligat mencipta ayat. Buntu. Murad gagal untuk memberi jawapan terbaik. Lalu,

“Err..bukan pakwe makwe kena pegang tangan ke kalu jalan-jalan? Baru la romantik.”, jawab Murad berterabur sambil mengetis rokok di tangan.

“Siapa yang ajar awak camtu?”, tanya makwe lagi. Kali ini lagi serius dari tadi.

“Mana ada orang ajar. Saya tengok orang lain semua buat camtu apa. Takpalah kalau awak tak nak. Saya cuma nak pastikan awak selamat je.”, Murad tabur ayat dengan mata redup sambil memandang ke laut.

Makwe diam. Tak lama kemudian, makwe bersuara kembali.

“Habiskan rokok awak tu cepat sikit boleh tak..??”

Tanpa banyak soal Murad terus sedut rokok laju-laju macam hisap dalam tandas sekolah. Itu kalau dalam posisi duduk mencangkung bangun-bangun kompom tangkap otak.

“Hah. Moh kita..!”, Murad mengajak untuk kedua kalinya dengan asap rokok yang masih bersisa di mulut.

Kali ini Murad terus saja melangkah tanpa menghulur tangannya seperti tadi. Sudah cuak barangkali. Baru dua tiga tapak Murad merasakan ada tangan yang memaut tangannya dari belakang. Lembut. Murad senyum tanpa menoleh. Lalu tangan lembut itu Murad genggam kemas sampai bersilang-silang jari. Sekemas ikatan yang dibina kira-kira dua minggu sebelumnya hanya melalui medium telefon bimbit. Tak sia-sia pakai Nokia.

“Kalau tangan saya berpeluh kang kabor ye..? Bukan menda. Saya ni tak biasa pegang tangan pompuan.”, Murad berkata-kata dengan mata meliar usha port sedap. Entah ye tidak je Murad.

Makwe tersenyum dengar kata-kata Murad. Percaya atau tidak Murad sendiri tidak pasti. Apa yang pasti rokok Dunhill yang baru dihisapnya tadi tak berapa sedap sangat rasa dia. Kata orang kalau tak sedap tu rokok Langkawi.

***
“Merokok lagi..?? Awak ni tak sayang diri sendiri ke..??”, makwe tanya dengan muka separa garang tatkala melihat Murad cucuh rokok.

“Sayang memang la sayang tapi nak buat camana.. rokok ni dah sebati dengan saya”, jawab Murad sayu. Macam setan.

“Boleh tak awak jangan merokok hari ni.??”

“Tak boleh. Saya kalau tak hisap rokok..pernafasan saya jadi tak lancar, mata jadi kelabu, badan saya jadi lesu, silap-silap hidung boleh jadi berdarah tau.. Lagipun kalau saya tak hisap rokok ni siapa lagi nak hisap..?? Awak..??”, panjang lebar Murad menjawab dengan mulut berasap-asap sambil mata kejap ke muka makwe kejap ke muka orang lalu lalang. Bimbang juga terserempak kawan sekampung.

“Awak ni main-main la..”, balas makwe sambil berpaling ke arah lain. Kemudian senyap. Merajuk la konon-konon. Padahal jelas sangat nak bermanja.

Murad mengambil tindakan berdiam diri sambil menikmati hembusan demi hembusan asap yang keluar dari mulut beliau sendiri. Duduk tersandar pada batu, membiarkan diri dihembus angin laut sambil ditemani sang kekasih disisi. Peh. Suasana yang sudah cukup indah bagi Murad. Tidak perlu kata-kata. Tidak perlu pujuk rayu.

“Awak ni memang pesen tak reti memujuk ke..??”, makwe tanya Murad setelah sedar gamaknya yang rajuk buatannya tidak akan mendapat layanan setimpal. Atau mungkin sudah lenguh buat muka masam barangkali.

“Lorr.. awak merajuk ke tadi tu..?, Ok.Ok. Awak buat semula. Saya pujuk.”, Murad membalas dalam nada bersahaja.

“Benci..!!”

(Seperti biasa, dialog Murad memujuk makwe tidak dapat disiarkan kepada umum untuk menjaga kredibiliti watak.)

Makwe tersenyum kembali. Menampakkan giginya yang putih dan tersusun cantik.

***
Rancak betul Murad bersembang tengah hari tu. Membawak dari soal sekolah hinggalah ke hal ehwal rumahtangga. Biasalah budak-budak bercinta, mudah sangat mengarut. Mujur tak ‘papa mama’ je macam kutu-kutu bercinta lain.

Tengah sedap Murad berkongsi cerita tiba-tiba beliau rasa pehanya bergetar. Lama. Tanda ada orang talipon. Murad seluk poket jeans murah beliau. Di skrin telefon dengan jelas tertera satu nama yang sangat dekat di hati beliau. Pada zaman itu.

‘Siti Syarifah Mohd Jani’

Ah sudah. Murad kembali cemas.

Rabu, 2009 Julai 01

Ini zaman dulu punya cerita # 11 - Blues untuk senior.

Pada suatu malam minggu yang dingin, sepuluh tahun yang lalu, dimana gua dengan rakan sebaya gua yang lain sedang enak menikmati laksa yang emak gua tinggalkan sewaktu datang melawat gua pada siang harinya. Biasalah baru masuk asrama. Pantang dengar gua tak ada duit, laju saja datang bawak laksa sekali. Entah kenapa setiap kali emak gua datang melawat asyik bawa laksa sahaja.Tidak ada menu lain. Gua pun cenderung ajak kawan-kawan makan sekali. Emak gua pula memang dah tahu budak-budak asrama ni pesen kebulur lain macam sikit. Jadi dia telah buat lebih. Makan dengan kawan-kawan, katanya.

Tengah sedap gua menikmati laksa champion emak gua itu, tiba-tiba ada kutu sebaya gua datang dengan muka cemas.

“Wei Murad. Abang Halim panggil aok. Kat dorm G.”, kata kawan gua itu tercungap-cungap. Baru lepas berlari gamaknya.

“ah celake betul la. Time-time aku nak menghadap rezeki ni la nak panggil. Babi..!!”, balas gua panas dengan mulut penuh laksa.

Untuk pengetahuan, Halim itu adalah seorang pelajar tingkatan lima yang sangat celaka, bahlol, huduh dan tidak bertamadun . Namun bukan Halim saja yang begitu, boleh dikatakan lapan puluh peratus pelajar tingkatan lima tahun itu adalah babi bertopengkan manusia, bangsat dan juga Firaun. Dorm G pula adalah singkatan dorm gelap. Biasanya pelajar yang dipanggil ke situ akan keluar semula dengan muka merah bekas kena lempang, muka hangin, muka hairan dan paling tragis muka sedih dengan mata berair.

***
Masuk saja ke dorm ‘Gelap’ tersebut gua lihat ada lebih kurang 12 pelajar tingkatan lima didalam. Semua buat muka bengis. Macam babi. Bilik punyalah kecik sanggup duduk berhimpit ramai-ramai macam tu. Apa punya bangang. Gua berdiri steady tengah-tengah dengan muka berlagak.

“ Ko ni apahal lembap sangat bila orang panggil ha..??”, tanya salah seorang dari mereka.

“ Alaa..rilek la. Saya makan laksa tadi..itu pun belum habis lagi”, jawab gua ramah.

Pelepoww..!!

Jawapan ramah gua dibalas dengan satu cepukan dari belakang. Tepat singgah kepala gua. Kepala gua berangin. Darah naik kepala.

“Ko ni jawab elok-elok sikit boleh tak..?? eeii panas pulak aku..!!”, sound pula kutu yang cepuk gua dari belakang tersebut.

“lah..elok la tu. Nak elok macam mana lagi..”, balas gua lagi dengan suara kuat-kuat perlahan.

Pelepoww..!!

Satu lagi cepukan singgah di kepala gua. Kali ini dari tepi. Mujur tak kena telinga.
Kena kalu mau berdengung juga gua ingat tuh.

“Dah la tu wei, naya ke budok tu..”, Halim yang senyap dari tadi tiba-tiba bersuara.

“Aok tau menda sebab aok kena panggil..??”, sambung Halim lagi.

“Dok. Sebab menda..??”, soalan Halim gua balas dengan soalan.

“Koi dengor aok kurang hajor dengan Abang Amin betul dok..??”

“bile pulok..?? Mana ada.”, pantas gua menafikan.

Pelepoww..!!

“jangan nok menipu la bangsat..!!”, cepukan ketiga gua dapat. Gua taktau siapa punya kerja. Jenis pukul curi. Macam babi perangai. Dah la ikut sedap je panggil gua bangsat. Dia tak sedar dia yang bangsat.

Dipendekkan cerita, selepas menjawab lebih kurang kepala gua ditutup dengan baju. Baju tu dah la macam palat bau dia. Untuk sesi soal jawab saja entah berapa kali gua kena cepuk. Rata-rata semua pukul curi. Penakut. Bila dah siap kepala gua ditutup, bertalu-talu serangan singgah ke tubuh ‘kurus tapi tegap’ gua. Membawak dari kategori lempang, cedok, spike,siku hingga ke kategori jek semua gua rasa. Dah la gua tak nampak apa. Keras ke badan je la. Dari gua banyak menjawab sampai la gua senyap. Entah menda-menda punya soal siasat. Gua cakap betul kena, gua menipu kena, gua tak cakap apa-apa pun kena. Jenis saja-saja nak pukul budak junior. Entah menda salah gua sebenarnya. Gua ada terfikir juga mungkin motif perbuatan mereka semua atas dasar cemburu dengan rupa dan reputasi gua. Tapi dalam banyak-banyak gua kena pukul malam tu ada satu tu padu betul. Kalau mengikut firasat gua serangan itu berbentuk ‘jek’ berdasarkan pada kepaduan dia. Cemas bocor kepala gua terhantuk bucu locker.

Setelah hampir 15 minit gua dilanyak,

“Dah. Pergi balik..!! Ko jangan report ke Ustaz pulok. Kang kepala engko aku letup”, antara amaran dan ayat-ayat terakhir senior-senior bangang tersebut laungkan kepada gua. Hek eleh. Tau pulak takut.

Gua dengan pantas pecut balik bilik dengan badan remuk. Harapan gua hanya satu. Laksa gua masih belum habis.

Khamis, 2009 Jun 25

Ini semua salah Ronaldo..!!

Malam itu Rashid resah semacam. Duduk tak kena. Baring tak kena. Menaip tak kena. Main game bola saja yang kena sikit. Itupun tak berapa kena juga pasal banyak kalah dari menang. Talipon bimbit Nokia beliau sudah berkali-kali diulang lihat. Seperti menanti sesuatu. Kemudian diletak kembali disebelah dompet diatas cpu komputernya yang sedikit berhabuk.

“ish..mana Majid tak talipon-talipon lagi ni..??, mesej pun tidak..”, Rashid bertanya sendirian. Sudah bosan menunggu agaknya.

***

“Bodddooo la mu ni Ronaldo..!!”, bentak Rashid pada Ronaldo tatkala depan gol pun bahan sepak ke atas. Agak padu juga perkataan ‘bodo’ yang keluar dari mulut Rashid. Marah betul gayanya.

Rashid kembali bermain. Permainannya semakin tidak menjadi dek kerana amarah yang semakin tidak terkawal. Perkataan-perkataan seperti babi, pundek, cibai, bahlol, dan banyak lagi yang tidak sedap didengar acapkali keluar dari mulut Rashid. Semuanya disebut dengan tone yang padu.. Kalaulah pemain-pemain Brazil mendengar kata-kata Rashid sudah tentu sebak dada mereka.

“Laju la sikit babi..!! Nak main bola sangat, berlari lembap.”, Rashid memaki hamun sambil menekan kuat keyboard. Sampai pedih-pedih jari. Kali ini Adriano pula menjadi sasaran. Meluap-luap rasa marah Rashid. Itu jam kalau makwe talipon ajak sembang pastu tak paham bahasa pula memang cerah harapan menerima nasib yang sama seperti Adriano.

Tiba-tiba,

KRING..!!KRING..!!

“Hah..! Hello!! Ade takdek..??Babi. Lembap gila engka ni”, baran Rashid masih belum reda. Garang saja dia bertanya Majid.

“Alaa..rilek la Rashid. Ada ni ha. Engka datang umah aku skang. Jangan lupa beli Dunhill sekali.”, Majid membalas. Jelas ada sedikit goyang dalam nada suara beliau. Menda Majid bukan tak kenal dengan Rashid. Malah Majid sudah masak benar dengan perangai Rashid yang mulut macam setan itu. Harap nama saja Rashid. Perangai tak sama langsung macam Uji Rashid.

“Ok. Roger and out.”, Rashid cergas mematikan panggilan. Dalam marah-marah Rashid masih tidak lupa pada kod dan etika dia dan rakan karibnya itu.

***
“Beli kat kedai awek itu hari la, boleh ngurat sepam”, kata Rashid dalam hati ketika dalam perjalanan ke rumah Majid. Sejuk betul malam tu, menyucuk-nyucuk ke pundi kencing tatkala memandu laju.

***
Rashid menuju ke peti sejuk besar kedai tersebut. Beliau angkat air cincau dua tin. Tapi airnya tak sejuk juga, harap peti saja besor. Rashid pergi pula ke bahagian roti-roti. Rashid angkat roti kelapa sebungkus lalu terus menuju ke kaunter.

“Bagi Dunhill 14 Satu.”, merdu saja suara Rashid ketika membuat order. Jauh betul beza masa jawab panggilan Majid tadi. Sambil tu Rashid letak air cincau dan roti kelapa atas meja.

“Berapa semua ye..??”, Rashid bertanya sambil kepala fikir ayat ngurat terbaik. Tangan sibuk menyeluk pouch bag dipinggang.

Tiba-tiba Rashid rasa semacam. Dompetnya macam tak ada. Apa yang ada hanya pisau lipat, lighter, talipon bimbit dan juga duit syiling. Itupun tak sampai seringgit. Rashid masih mencari-cari. Dalam poket seluar tak ada. Dalam poket baju lagi la tak ada. Dah menda baju pun tak ada poket. Rashid resah.

“Semua sepuluh ringgit tiga posen”, awek kedai bersuara.

“Err..kalau saya tak jadi beli boleh tak..?? Dompet saya tertinggal kat rumah la..”, Rashid berkata dengan muka kelat habis. Ayat mengurat dalam kepala Rashid hilang entah ke mana.

***

Rashid pecut ke rumah Majid dengan mulut meracau-racau sepanjang jalan.

Selasa, 2009 Jun 02

Sumpah beb..!! Gua mana ada pakai susuk..!!

Pada suatu tengah hari yang sangat tengah hari, gua dengan berkain pelikat dan berbaju Liverpool meluncur laju sambil mulut menyanyi-nyanyi lagu 'Cintaku Sampai Ke Euthopia' menuju ke sebuah kedai menjual air tebu, air nenas, laksa dan juga keropok.

“Cik Yah, bagi keropok dua ringgit.”

“Dua ringgit..??Nanti kejap. Aok punya pasal Cik Yah goreng lain. Baru sedap makan panas-panas dok?“, balas Cik Yah bersahaja. Strategi orang meniaga.

Gua senyum. Apa gila time camtu nak buat muka garang.

“Aok habis dah ke sekolah..??”, tanya Cik Yah sambil memasukkan keropok ke dalam kuali yang memang sedia panas. Saja tak nak bagi gua rasa menunggu lama la tu.

“Ha’ah. Habis dah..”,jawab gua ringkas dengan mata meliar usha makwe-makwe sekolah menengah balik sekolah.

Rancak juga gua bersembang, dari perihal adik gua yang darjah enam tu membawak ke soal kerja.Tengah rancak gua bersembang, kebetulan ada satu kutu berjenama mat rempit lalu.

“Dia ni pemalas ni. Mak dia dah tolong cari kerja pun tak nak kerja lagi.”, kata Cik Yah merujuk kepada kutu yang lalu tu dalam nada mengumpat. Sampai muncung-muncung mulut.

“Nak buat camana, dia berasa muda lagi. Esok terasa nak kahwin menggelupur la cari kerja tu”, gua jawab lebih kurang.

“Aok umur berapa dah..?? Tahun ni 18 la dok..??”, Cik Yah tiba-tiba tanya gua.

“Hish..!! 18 menda, kome ni dah dua puluh lebih la Cik Yah..!!”, jawab gua dengan wajah berseri-seri.

***

Dalam perjalanan pulang gua sambung balik menyanyi lagu 'Cintaku Sampai Ke Euthopia' dengan hati riang. Kali ni lagi merdu dari tadi.

Nota: Keropok Cik Yah sedap betul hari tu.

Rabu, 2009 Mei 27

Harapan seorang kutu

Menjelang pertemuan Barcelona menentang Manchester United,ada banyak perkara yang gua benar-benar ingin lihat pada perlawanan pagi karang. Ini bukan main-main punya harapan. Jadi gua telah menyenaraikan perkara-perkara tersebut.


1) Ronaldo pengsan terhantuk kepala dengan pengadil.

2) Rooney diserang sawan seawal minit ke tiga.

3) Van Der Sar jadi bangang selepas kepala terhantuk tiang gol.

4) Berbatov diserang gout secara tiba-tiba.

5) Vidic terseliuh tersepak kaki sendiri.

6) Ferdinand jadi bangang tanpa sebab.

Gua rasa cukuplah sekadar itu sahaja. Cumanya kat sini gua nak pesan kat Messi, Iniesta, Henry, Eto'o, Pique, dan semua pemain Barcelona, lu orang rilek je beb. Main macam gua kabor. Gua akan sokong lu orang pagi karang secara live dari Jengka.

Jumaat, 2009 Mei 15

Bapak gua memang tip top orangnya..!!

Ini hari adalah hari ke sembilan gua menjalani gaya hidup enjoy secara berterusan setelah gua tamat perkhidmatan sebagai pelajar. Dan sekarang gua berada di sebuah apartment terpencil di daerah Pasir Gudang. Secara teorinya, memang sedap juga melepak kat sini. Rumah sejuk, kipas laju, air paip pun kuat dia punya tekanan. Berbeza betul rumah yang gua sewa dekat Meru tempoh hari. Pepalih panas. Jenis time tengah hari memang tak boleh nak dibuat melepak. Kalau tidur lagi la, bangun-bangun dah serupa baru balik menoreh. Dia punya peluh yang keluar lagi banyak dari time gua kerja.

Itu belum kira risiko serangan makhluk halus lagi. Membawak daripada kategori makhluk halus pandai terbang sampai ke kategori makhluk halus bangang. Jenis air masak pun nak ceroboh. Air sirap tak apa la juga. Palat punya semut. Nyamuk pula bermaharajalela di segenap ruang. Tapi paling king dalam bilik air. Sampai kadang gua nak mandi pun boleh jadi bimbang.

Ok lah. Tak ada gunanya gua bercerita pasal rumah sewa di Meru itu.
Jadi kesimpulannya, walaupun gua baru saja sampai, gua dah sedap melepak kat sini.Makwe kedai makan tu pun dah tau nama gua. Tapi apahal baru dua hari gua menginap bapak gua dah talipon suruh balik..??

Kalau nak ajak tengok konsert Search tak apa la juga..!!


Nota: wei hasbullah, petang sabtu gua sampei.kot.